Entry: [7] Suatu Hari di Bulan Puasa... Thursday, August 09, 2012





'Under Constructions'

Suatu Hari di Bulan Puasa... [7]
        'Untold Story'

 mentari curahlah warna orenmu

"IMRAN ajak berbuka rumah adik dia esok, Durrah ikut ya."

Ungku Durrah memerhati Haiqal Haji Hambali dengan pelbagai rasa, dia sebenarnya tidak suka ikut Haiqal ke majlis-majlis rasmi Haiqal dengan alasan dia tak reti campur dengan kawan-kawan Haiqal yang pandai-pandai semuanya. Tapi Abang Imran ni, rakan perniagaan Haiqal. Malah pernah jadi rakan serumah Haiqal pula. Lalu, untuk menolak Durrah rasa tidak patut; tidak wajar!

Mata Durrah cepat saja beralih ke arah anak mereka di dalam buai... hmmm, hendak cari alasan apa?

 Hafa Haiqal sudah pun sembuh daripada selesema... jadi alasan apa yang dia harus beri lagi untuk menolak pelawaan Abang Imran yang baik tu? Ini sudah kali kedua, bukan?

"Ya ikut." Durrah mengalah, akhirnya.

"Abang ambil Durrah dan Hafa pukul lima ya, rumah adiknya dekat Sungai Buloh, dekat sahaja kalau ikut tol nanti."

"Nak bawa apa?" sambung Haiqal lagi, sambil menggantikan kemeja ofis dengan baju-T putih dengan seluar trek. 




   2 comments

kaksu
August 31, 2012   09:39 AM PDT
 
Salam Inaz,

Sebenarnya kaksu saaja-saja ambil satu insiden selepas kedua-dua cerita tu, ... setahun dua selepas cerita tu sahaja.

Tujuan suka-suka sahaja )
inaz
August 31, 2012   02:04 AM PDT
 
assalam, kaksu...
nak tanya satu hari di bulan puasa ni novel hati adriyana/ tanah adriyana...saya xfaham...yg ni sambungan dari mana? dah lama saya nk cari sambungan cite hati adriyana...maaf kak...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments