Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



   

<< December 2018 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


SURAT UNGU UNTUK NUHA (2007) diterbitkan oleh JEMARI SENI




"Nuha, benarkah tidak semua ombak akan menemui pantai?

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Saturday, August 04, 2012
[6]i Suatu Hari di Bulan Puasa...


16 Ramadan: Sungai Buloh
Rindunya Kian Membara

[1]

Assalamualaikum umi,

Kalau tidak menyusahkan... sahur nanti Najaah nak makan roti kembar dengan telur. Egg benjo kampung kata Pak Long Imran.

Terima kasih. Sayang kat umi,

Najaah.

WAH, anak dengan ayah sama sahaja. Main pesan apa-apa melalui surat nih, kata Farhana sambil tersenyum. Walaupun dia sayang anak-anak tirinya itu semuanya, tapi Najaah ada kedudukan yang teristimewa dalam hatinya. Pertamanya, wajah Najaah seperti arwah Dalilah (sahabat baik Farhana), dan keduanya anak manis itu pandai ambil hatinya, kalau bercakap pun tertib sahaja. Najaah tidak seperti anaknya sendiri Zetti yang sesekali datang anginnya tu, akan gores hati Farhana. Perlakuan Najaah sesekali mengingatkan Farhana pada pelajar seliaannya di Universiti Malaya dulu, Seera Ashiqin.

Setiap kali teringat pada Seera yang manis dengan lesung pipit dan sepasang matanya yang cantik itu, Farhana jadi cemas... moga Allah mempermudah dia menunaikan amanah orang yang sudah tiada... amin.

Farhana menambah permintaan Najaah dalam buku catatan untuk sahur; sebelum masuk tidur.

Ilham        – Roti bakar dengan telur separuh masak

Emak        – Nasi dengan ikan masak lada hitam

Zetti          – Nasi Goreng Cina dengan telur mata

Zaynn        – Burger lembu dengan keju

Nafisya      – Maggi goreng (tetapi tambah udang)

Najaah      – Egg benjo

Nuha         – ?

 * * *

 "Awal you masuk dapur, Farhana!" seru suara dari belakang. Farhana cepat-cepat menoleh. Mujurlah dia pakai tudung dinihari ini. Tidak tahu pula Imran balik ke rumah ni semalam. Sebenarnya dia bertudung pagi-pagi ini sebab tak mahu rambutnya busuk dengan segala masakan ala restoran tomyam ni. Pengudaraan dapur ni bukan elok sangat, patut ditukar dengan yang baharu. Entah di mana yang tak kena pula ni.

"Balik waktu bila, semalam tak nampak pun." Farhana pura-pura selamba, sebenarnya dia tidak selesa diganggu waktu dia masak di dapur. Kadang-kadang Ilham ingin bangun menemani dia masak pun, dia tak benarkan... inikan pula Imran.

"Malam sangat dah, you dah masuk tidur kut. Sorry, buat you terkejut pagi-pagi buta ni. I ingat nak curi makan apa-apa untuk sahur, tengok-tengok ada chef dah masuk dapur." Imran menghadiahkan senyumnya. Senyum yang pernah memikat Farhana sebelum dia memilih Ilham sebagai suami.

Terseksa kan, kita bertunang dengan orang lain... tetapi berkahwin dengan adik tunangan kita sendiri. Kisahnya sudah jadi macam novel! Segala rasa itu Farhana sudah buang jauh-jauh, dan alhamdulillah dia berjaya menjaga hatinya: rapat-rapat.

"You nak makan apa?"

"Eh, boleh pilih menu ke?" Imran memandang jam meja di atas kabinet dapur. Belum jam tiga, Farhana sudah mulai memasak?

Imran memilih untuk duduk di sofa dapur. Najaah sedang tidur nyenyak di situ. Kononnya dia bangun untuk menemani umi masak, tetapi sekejap sahaja sudah terkulai di depan televisyen. Imran meriba kepada Najaah sambil memerhati Farhana yang cekap di dapur. Sesekali matanya memerhati lintas langsung solat tarawih dari Masjidilharam. Emak di bilik pun sedang menonton siaran yang sama. Lepas emak terlelap, Imran cadang hendak cari minuman dalam peti sejuk sebelum masuk tidur.  

"Isi saja dalam buku tu." Kata Farhana sambil ketawa kecil. Buku cacatan sudah terbuka di meja kopi depan sofa tiga tempat duduk itu. Tadi, Najaah sedang membacakan menu apa yang harus Farhana sediakan sahur hari ini.  

Sekarang...

Farhana jadi segan apabila tiba-tiba ada Imran di sini. Dia cuba membuang janggal dengan buat-buat ceria dan ketawa, sebenarnya.

Imran membaca catatan bertulis dakwat biru yang cantik itu lalu berkata, "Farhana, you jangan seksa diri macam ni. Pilih saja satu makanan untuk semua orang makan, siapa tak nak... makan roti sahaja. Penat. You jangan biar mereka buli you. Ini kerja gila!"

"Eh, mana pula buli. I nak budak-budak ada semangat untuk bersahur. Bukan senang nak bangun tau, sebab itu dapat pahala pada yang bangun bersahur."

"Betul. Tapi..."

Imran memandang adik iparnya yang sangat sabar itu. Perempuan penuh rahsia itu, tiada siapa yang tahu apa yang terkandung dalam relung hatinya yang paling dalam. Farhana... ini rumah, bukannya hotel boleh main order daripada dapur untuk makan apa sahaja. Nafisyah, Najaah dan Ilham ni sudah melampau!

Farhana mengeluarkan udang yang sudah siap dibersihkan dari peti sejuk. Semua benda-benda ni Kak Intan sudah bersihkan, label dan letak dalam peti sejuk. Dia hanya perlu menggoreng sahaja. Bukannya susah pun. Air pun sudah menggelegak untuk dia celur Maggi untuk Nafisya. Anak sulung Ilham itu suka sayur banyak. Subuh-subuh pun lalu sahaja dia makan sayur dan makan Maggi goreng. Di sebelah tungku dapur yang satu lagi sudah tersedia pan untuk dia bakar daging burger untuk Zaynn. Anak lelakinya itu tak suka burger yang kering. Sebab itu Farhana suka letak keju cepat-cepat supaya kesan cair keju tu melekat pada daging yang belum garing di atas pan lagi.

"Cepat ya, nak order apa... nanti dapur dah nak tutup."

Biasanya, Farhana akan sedia sesetengah makanan yang renyah dulu sebelum dia solat taubat, tahajud dan hajat serta disudahi dengan witir. Setiap kali tarawih di surau, dia tidak pernah mengakhiri dengan witir sebab ingin ambil kesempatan sambung solat-solat lain di rumah. Masakkan makanan untuk keluarga menjadi alasan untuk dia bangun awal sahaja. Tapi orang selalu nampak dia menyeksa diri. Emak mertuanya pun sudah berkali-kali menegur. Suruh dia jaga kesihatan. Jangan buat kerja yang bukan-bukan. Apa-apa yang boleh diserahkan pada Kak Intan, biar Kak Intan yang uruskan.

Sebenarnya, Farhana seronok menggembirakan hati semua orang di sini.

"I makan macam emak sahaja, jangan susah-susah."

Ibu mertua Farhana sudah seminggu berpuasa di sini, dan sejak itu sudah dua kali Imran berbuka di sini. Cuma inilah kali pertama dia balik bersahur. Sejak kawan serumahnya Haiqal berkahwin, dia rajin sikit balik menjenguk mereka setiap hujung bulan. Tapi, selama ini tak pernah pula Imran balik ke sini pada hari kerja.

Pelik ni. Mesti ada hajat.

"Okey, siap." Kata Farhana, menerima menu Imran dengan senang hati.

Farhana mula menumis nasi goreng cina sambil mata memerhati jam di pergelangan tangan. Masih ada masa untuk solat. Paling tidak pun untuk tahajud dan witir. Hari ni masanya lari sikit, sebab ada gangguan tetamu 'tak diundang' di dapurnya.

Farhana menekan pot air panas. Telur tu, hanya hendak tunggu air mendidih sahaja untuk direndam supaya jadi separuh masak. Yang senangnya, semua anak-anak akan minum coklat panas, dan hanya Ilham dan emak sahaja yang minum kopi 'o' setiap dinihari. Jadi, Farhana suka buat air coklat awal-awal supaya tidak panas sangat untuk anak-anak minum nanti.

"Nak I bantu." Imran sekadar berbasa-basi, dia jadi serba salah sebenarnya. Tak bantu kelihatan pemalas; nak bantu... dia sedang dengan isteri orang pula di dapur pada waktu yang begini pula. Sudahlah isteri orang ini pula pernah jadi kekasih hatinya sejak bertahun-tahun...

Kini?

Masih, dan dia sedang bersusah payah membuang 'rasa' itu. Sebab itu dia jarang pulang, sebab itu lelaki seperti dia harus banyakkan solat taubat. 'Rasa' ini adalah ujian untuknya... doanya cuma satu, moga 'rasa' tidak menjadi beban seumur hidup. Dia mahu bebas daripada 'rasa' ini. Ini sedar dosa dan pahala. Moga Allah mengampuninya. Dia bukannya gembira menyimpan 'rasa' ini!   

"Tak payah, dah nak siap pun."

Farhana meletakkan Maggi goreng di atas meja. Kalau perlu dia panaskan semula, dia akan guna ketuhar gelombang mikro sahaja nanti. Kadang-kadang anak-anak tidak mahu makan kalaulah makanan sudah sejuk.

"Farhana, apa kata suruh Ilham cari bibik untuk duduk di rumah sahaja. You tu PhD holder, tapi tengok dah jadi babu anak-anak."

Itulah yang ingin dia nyatakan tadi, juga selama ini. Tetapi kata-katanya terhenti, kerana dia bimbang pendapatnya itu melukakan Farhana. 

"Imran, you jangan salah faham. Pertama, I suka jadi ibu dan menyediakan makanan untuk anak-anak dan suami. Kedua, I duduk di rumah pun I sedang siapkan buku, tulis jurnal dan artikel, bukannya duk goyang kaki. Dan pembetulan I bukan babu." Balas Farhana sambil tersenyum.

Ya, dia suka ada orang ambil berat fasalnya, tetapi untuk tuduh dia mensia-siakan kemahirannya itu... Imran silap.

Imran diam. Dia sudah silap langkah. Dia sudah campur tangan dengan cara Farhana mengendalikan rumah tangganya. Rasa simpatinya bukan sedikit pada perempuan ini. Tapi... hemm, betul... Imran pernah suka dan sayang pada adik iparnya ini, tapi apa haknya untuk suka-suka hati kompelin kesenangan Farhana.

Tapi betulkah Farhana tidak tertekan dengan kehidupannya ini. Benarkah, tiada rasa menyesal dalam hatinya yang tiba-tiba terpaksa mengurus tiga anak tiri dan bekas suami orang serta emak mertua sekali gus.  

Kenapa dia baik sangat? Kenapa Farhana tidak mengeluh apa-apa?

Sejak jadi isteri Ilham, dia tidak pernah merungut apa-apa, dan rajinnya dia bukannya jenis yang pura-pura.

"Maafkan I."

Farhana menghadiahkan senyum.

"Imran, kalau kita buat kerana Allah, alhamdulillah... kita akan gembira. You juga yang dulu suruh I pilih untuk jadi ibu pada anak-anak Ilham kerana Allah. Jadi fahamlah, I tidak pernah mengharapkan pujian orang." Balas Farhana, sambil menghidangkan makanan di meja.

Diletakkan makanan pilihan di tempat mereka masing-masing. Nasi untuk emak sudah ditanak. Mujur dia masak lebih untuk Nuha makan esok pagi, jadi bolehlah Imran makan nasi tu dulu. Walau Nuha bangun juga untuk sahur, tetapi anak yang tak boleh berkata-kata itu masih kecil untuk disuruh berpuasa. Nuha yang bisu sejak lahir itu, suka beramai-ramai di meja makan. Tapi dia hanya makan bijirin sarapan dengan susu sahaja. Itu pun tidak banyak mana. Kadang-kadang Zetti yang habiskan. Zetti sepinggan nasi goreng belum cukup untuknya. Tapi sengaja Farhana tidak mahu menambah kuantiti untuknya. Bimbang Zetti bertambah 'gebu'.

Imran diam. Apakah Farhana sedang perlinya kerana dia 'pernah' menolak Farhana dulu, tapi kini Imran 'gatal-gatal' cuba untuk ambil berat pula?

"Kopi atau teh?"

"Kopi la," balas Imran.

"Okey, nanti I buat. Sahur pukul 4.30 ya." Kata Farhana sebelum berlalu. Dia sudah betul-betul lewat untuk solat. Mana hendak gerak anak-anak lagi, Nafisya dan Zetti tu bukan main liat hendak bangun.

Imran jadi kagum pada Farhana. Rasanya, sukar untuk dia cari isteri seperti Farhana dalam usia Imran yang sudah begini. Gadis-gadis muda belum tentu mahu bersusah payah untuk bangun sediakan juadah untuk sahur dengan muka manis seperti Farhana.

Oh, dia belum beritahu Ilham dan Farhana rancangannya hendak ajak Haiqal dan Ungku Durrah berbuka puasa di rumah ini hari Rabu minggu depan.

[Bersambung...]

Pratonton: Isnin – 6 Ogos 2012

"Saya datang ni, fasal surat yang Dr. kirim dulu tu. Maaf sekali lagi, lama sungguh baru saya dapat ke mari." Kata Kamal. Kesal. Dia sungguh sibuk sehinggakan tak sempat hendak singgah berjumpa Dr. Farhana.

"Ini saya pulangkan, buku-buku yang arwah pinjam. Ada lima semuanya. Saya minta maaf sekali lagi, sampai tiga kali surat Dr. saya terima, tapi saya masih berlengah nak jumpa."

Ilham sudah boleh tersenyum lega. Oh, bukan fasal apa-apa. Sejak akhir-akhir ini dia bimbang isterinya dilarikan orang. Ini penyakit kronik Nombor 13, apabila seorang suami tidak tahu sama ada dia disayangi isterinya atau tidak, sebab mereka berkahwin bukan atas dasar cinta!


Posted at 09:13 am by noorsuraya
Comments (13)  

 
Thursday, August 02, 2012
[5] Suatu Hari di Bulan Puasa...

2011: Kota Kuala Muda
Surat Ungu untuk Nuha


hendak terbang bukannya burung
hendak berenang bukannya sotong

"NAK beli kain warna apa untuk baju Melayu Ku Chik raya nanti, Alang?"

Walaupun Ku Chik tu orang timun, Mak Chik Raja sekeluarga tetap membelikannya baju raya. Kasihan anak malang itu, bondanya pun jarang ziarahnya di sini.

Mujurlah dia di sini disayangi ramai. Ini pukul tiga dah, wajah anak cerdik itu tidak kelihatan lagi. Pagi tadi Te'ah ambil bawa balik di rumah Abang Lah. Ku Chik yang sudah pandai bercakap itu memang pandai ambil hati semua orang, mana tidaknya dia menjadi rebutan ramai. Sayang, bondanya sahaja yang tidak mahu mengakui kelebihan yang Allah beri pada anak yang tidak pernah menyusahkan orang itu.

"Alang..." seru Nuha lagi.

"Sama dengan kitalah, hijau." Kata Alang sambil mengira jumlah guni-guni padi-padi yang dituai minggu ini pada Excel di skrin komputer. Matanya masih pada kalkulator di komputer, isterinya yang kecil manis itu hanya dipandang sekilas. Kenapalah Nuha ni. Mukanya keruh sahaja sejak solat tarawih semalam. Fasal hal itukah?

Nuha memandang sawah padi di depannya. Geramlah dekat Alang ni, dia sayangkan sawah padi tu lebih pada anak isteri. Dulu-dulu romantis la juga. Kalau dulu warna hijau tidak memadai pada Alang, mesti dinyatakan: hijau lumut, hijau serindit, hijau air tebu, hijau limau, hijau padi, hijau katak puru... hijau Alang ada 20 warna, macam orang Eskimo juga... yang ada spektrum warna putih sampai 100 jenis tu, mungkin.

Alang sudah hilang bisa Sasterawan Negara dia; hilang segala sifat metafora dan melankolik yang pandai mencipta segala puisi meruntun jiwa. Alang itu bagaikan ayam yang sudah hilang tajinya... kenapa?

"Raya di Kajang tahun ni, ya?"

Alang masih tidak menjawab.

"Diam maknanya setuju la tu!" balas Nuha cepat-cepat. Walaupun dia tidak rapat sangat dengan keluarganya kecuali dengan ayah dan Kak Tasya, tetapi kalau masuk bab raya, Nuha ingin balik kampungnya ooopss.... balik 'bandarnya'. Sebab tiap-tiap hari mereka sudah 'balik kampung' Alang di sini, jadi sudah jadi tradisi orang Melayu, raya tu mesti balik kampung.

Lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman Haji Arshad sedang berkumandang di Sinar.FM buat semangat Nuha membuak-buak ingin pulang!

"Nuha tak seronok tinggal sini?"

Mata Alang berpaling dari skrin komputer dan menatap wajah Nuha yang indah itu dengan penuh tanya. Selama ini dia rasakan Nuha suka tinggal di kampung mereka ini. Selama ini dia ingatkan inilah rumah Nuha, dan emak itu bagaikan emak Nuha sendiri. Alang perasan, Nuha tidak begitu rapat dengan ibunya Puan Shahirah berbanding betapa akrabnya Nuha dengan emak Alang, Hajah Kamariah a.k.a Mak Chik Raja tu.

Jadi, kenapa pula?

Nuha menggeleng.

"Habis tu?" soal Alang lagi.

Alahai, mana perginya Alang yang ceria, sangat sensitif pada persekitaran dan penuh humor dulu tu. Begitu sahaja soalan dia.

"Alang dah tak sayang kat Nuha!"

"Aittt? Awat pula kata lagu tu?"

Nuha membuang mukanya pada Suria dan Suci, itik-itik putih kesayangan Alang yang sedang berenang dalam kolam dekat dengan rumah Mak Cik Raja. Itik-itik putih itu sudah dewasa kedua-duanya, malah mereka sudah pun ada anak-anak sendiri. Suria dan Suci sentiasa ke sana ke sini berdua-duaan – romantis – dan kadang-kadang tu dengan anak-anaknya berderet.

Tapi Nuha...

Kenapa Nuha, apa yang tak kena?

Nuha masih berdua dengan Alang. Sudah hampir empat tahun perkahwinan mereka, dan mereka masih berdua.

"Berapa tahun dah kita kahwin Alang."

"Lagi 88 hari, genap 4 tahun."

Amboi, siap boleh kira sampai genap-genap hari pula Alang ni. Takkan untuk faham arah soalan Nuha tak tahu pula.

"Kita masih berdua."

"Mana pula berdua, kita ada Ku Chik. Kita ada emak, abah dan..."

"Ya, bertiga..." cepat-cepat Nuha menambah. Susahlah cakap dengan orang tak reti bahasa ini. Sebagai pembantu bidan, Nuha selalu sahaja 'terharu' menyambut anak-anak yang baru lahir. Dan dia sentiasa berdoa satu hari dia sendiri yang merasai rasa bahagia seperti ibu-ibu yang mendapat 'hadiah' istimewa daripada Allah itu juga.

Dia rindu jadi ibu seperti saudara-saudara Alang: Kak Huda, Abang Zahran dan Baya.

Nuha diam tiba-tiba.

Kak Bila sudah ada dua orang anak, Kak Tasha pun sudah menambah dua orang cahaya mata. Di rumah Mak Cik Raja hanya dia seorang sahaja yang belum ada anak sendiri. Setiap kali ada majlis apa-apa orang akan sahaja bertanya, "Nuha bila lagi." Orang tidak pernah bertanya, "Alang bila lagi?"

Geram.

Tapi Alang begitulah. Mana dia ada perasaan, apabila orang tanya... dia buat bodoh dan biarkan Nuha menjawab. Geram tau.

Nuha tengah geram ni.

"Nuha, anak itu anugerah. Dan benda itu bukannya benda yang kita boleh order dan dapat bila-bila kita mahu. Anak itu, Allah beri. Dan 'suka hati' Allahlah Dia mahu memberi pada siapa, dan sekiranya Allah tidak mahu beri pada kita, bukannya bermakna Allah tak sayang kita. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita." Tiba-tiba Alang bersuara di belakang Nuha yang sedang menonton Suria dan Suci bersenda gurau dalam kolam.

Tahu, Nuha tahu... tapi... mulut orang tu, Nuha tak tahan!

Mata Nuha berair. Semalam emak saudara Alang bertanya kuat-kuat depan semua orang sewaktu berbuka puasa, 'Nuha ni entah bila nak boleh berdukung anak sendiri, asyik duk mendukung anak penakan sahaja'. Waktu itu Nuha sedang meriba anak Baya... adik Alang itu balik berpantang di rumah Mak Cik Raja. Baya yang masih belajar jurusan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris itu lahirkan anak kembar – sepasang. Comel sangat!!!

Dalam hati, Nuha mengharapkan Baya benarkan dia jaga bayi-bayi tu sehingga Baya habis belajar. Tetapi Nazrin sudah tetap hati akan cari orang jaga bayi-bayi mereka tu dan menyewa rumah untuk Baya tinggal di situ, sehingga Baya habis belajar. Nuha sedih sangat. Tiada siapa yang faham hati keibuannya. Kenapa orang tidak nampak dia sebagai insan yang dapat jaga Aqil dan Alisha tu.

"Nuhaaaa... dengar tak apa yang Alang cakap ni?"

Nuha mengangguk.

"Dah jom kita pergi jalan-jalan macam Suria dan Suci, naik motor nak... kita bersaing-saing pergi Pantai Merdeka. Lambat lagi nak berbuka ni." Kata Alang sambil memerhati jam di dinding rumah.

Alang menyimpan semua invoisnya dalam laci dan menarik tangan Nuha ke depan. Saat ini dia sudah mulai faham sangat apa yang tertanam dalam hati Nuha. Sejak balik berbuka puasa rumah emak semalam Nuha diam sahaja. Kasihan Nuha. Orang kalau hendak bercakap tu bukan fikir, anak itu Allah yang beri, bukannya macam beli baju di kedai boleh main pilih-pilih bila kita hendak beli, berapa kita hendak dan kita hendak warna apa. Tapi beli baju di kedai pun, kalau tidak ada duit tak dapat membeli juga kan.

"Nuha."

"Tak apalah, Nuha hendak pergi rumah emak, tolong apa yang patut... kasihan emak tak ada siapa yang menolong."

"Nuha... tengok orang nak ajak pi jalan-jalan pun tak mahu."

Nuha tersenyum tawar.

"Nuha, bahagia itu bukannya apa yang orang nampak... tapi apa yang kita rasa." Kata Alang.

Nuha mengangkat mukanya, dan mereka saling berpandangan. Dia pernah dengar kata-kata itu, tapi di mana ya. Rasanya dalam novel ni!

"Ya, Nuha bahagia."

Alang senyum, dan menghadiahkan sepucuk surat yang dia ambil atas laci di ruang tamu. Di dalamnya berisi sajak, terharunya Nuha: 'Terima Kasih Kerana Masih Menjadi Pantaiku' http://www.jsadiwarna.com/karya-i-u-baca/e-puisi/435-terima-kasih-ii-kerana-masih-menjadi-pantaiku-imaen.html

Nuha cepat-cepat membaca dan air matanya sudah menderu. Tiba-tiba...

"Alang... apa maksud ini...

aku ini laut, pantai
kau pun tahu
aku tertambat
aku terikat
dan terantai
pada bentuk dan fitrah yang ditulis Tuhan untukku…"

Alang sudah tersengih.

"Mesti di belakang Nuha, Alang main kayu tiga ni…" kata Nuha sambil matanya membulat geram.

"Nuha, fitrah lelaki memang macam tu." Usik Alang, air mata Nuha sudah menderu lagi. Dia tahu Alang mengusik, tetapi dia tetap sedih kerana dia perempuan yang tidak boleh melahirkan zuriat lagi. Suatu hari, tentu benda yang ditakutinya itu akan terjadi juga.

"Nuha, maaf-maaf... Alang main-main sahaja."

Sebetulnya, dia hanya sayang Nuha seorang sahaja. Sajak itu, Alang tulis kerana akhir-akhir ini dia sibuk dengan kerja-kerjanya – dia melukakan dan mengabaikan Nuha. Tapi musim padi masak dan musim padi dituai sudah semakin sampai ke penghujungnya, dia akan beri lebih masa untuk Nuhanya. Dia ingin bawa Nuha melancong ke Hobart. Dia ingin Nuha lihat Laut Tasman yang cantik dan indah; dia ingin Nuha berkongsi pengalamannya di sana. Tahun ini tiada lagi bulan madu atas kereta api!

"Alang kalau sampai tua kita hanya berdua, Alang kahwin lain tak."

"Sudah-sudahlah Nuha, jom kita bertadarus. Janji kan hendak khatam puasa ni? Sudah 14 hari puasa, baru lima juzuk ni!"

"Alang..."

"Alang hanya sayang Nuha seorang. Kalau kita hanya berdua, insya-Allah sampai mati pun Alang dengan Nuha sahaja." Cepat-cepat Alang meningkah. Itulah yang ada pada hati Alang saat ini, sumpah!

Alangkah tamaknya Nuha kan, tak benarkan Alang jatuh hati dan berkahwin dengan perempuan lain yang lebih sempurna!

"Alang, kalau Alang hendak kahwin lain pun tak apa..."

"Nuha ni kenapa? Betulkah... "

"Tak tau, tapi Nuha sedih."

"Kahwin lain? Kalau dengan Julia yang jual tepung gombak depan tu, okey tak? Atau dengan Mazurah anak Lebai Kudin? Ooo, tapi... Yati yang kerja dengan Pejabat Tanah tu, sesuai dak? Haa, Peah anak Pak Lang Hassan?"

"Amboiiii, banyaknya anak dara dia kenal dalam kampung ni rupa-rupanya." Nuha mencubit dan kemudian tarik muka masam.

"Orang nak pergi rumah emak." Kata Nuha sambil mengenakan tudung, dan bergerak ke dapur pula. Sajak Alang dia simpan dalam saku baju kurungnya. Nanti dia akan baca sekali lagi.

"Adik Sahlan pun okey juga, dia kerja doktor dekat Bertam."

"Meluat."

"Nuhaaaa... tadarus ni?"

"Nuha buat dengan emak saja. Pergilah tadarus dengan Julia, Mazurah, Yati, Peah, adik Sahlan ke..."

"Amboi terang hati aiih, sekali sebut... hafal semuanya nama makwe Alang dia."

Nuha semakin cemberut.

"Nuha." Alang menghalang Nuha membuka pintu dapur, tiap-tiap hari rumah mereka tidak berasap, kerana Mak Cik Raja ajak mereka berbuka di rumahnya. Kadang-kadang dibekalkan makanan untuk sahur juga.

"Alang minta maaf, boleh?"

Nuha diam.

"Alang sayang Nuha sorang, boleh tak kita jangan diskus lagi fasal ni. Biar Alang cakap, Alang sibuk dan kerja bersungguh-sungguh sebab nak bercuti... Alang nak bawa Nuha jalan-jalan ke Tasmania."

Nuha sudah boleh tersenyum.

Alang ke meja dan menarik laci. "Ini tiketnya, bulan November nanti. Sempena ulang tahun perkahwinan kita yang keempat." 

Senyuman Nuha sudah semanis air tebu Pak Abu di simpang jalan itu.

"Terima kasih, Alang."

"Sayang kat Alang dak?"

Nuha sudah merah mukanya. Tanya soalan pun tak logik Alang ni, yang orang berendam air mata tadi tu sebab sayang la.

"Jawab!"

Nuha semakin malu.

---------------

ps: Inche Housemate, maaf rompak lagi karya Inche ya

Suatu Hari di Bulan Puasa... [6]

'Untold Story'

Assalamualaikum umi,

Kalau tidak menyusahkan... sahur nanti Najah nak makan roti kembar dengan telur. Eng benjo kampung kata Pak Long Imran.

Terima kasih. Sayang kat umi,

Najah.

Wah, anak dengan ayah sama sahaja. Main pesan apa-apa melalui surat nih, kata Farhanah sambil tersenyum. Walaupun dia sayang anak-anak tirinya itu semuanya, tapi Najah ada kedudukan yang teristimewa dalam hatinya. Pertama wajahnya seperti arwah Dalilah, dan keduanya anak manis itu pandai ambil hatinya, kalau bercakap pun tertib sahaja. Tidak seperti anaknya sendiri Zetti yang sesekali datang anginnya tu, akan gores hati Farhanah.


Posted at 09:55 am by noorsuraya
Comments (18)  

 
Saturday, July 28, 2012
[4] Suatu Hari di Bulan Puasa...
 

(i)

2011: Subang Jaya
Yang Jauh di Pulau (Damai)

LIHAT sahaja ikan cencaru belah belakang di Pasar Ramadan, Piyah terus teringat pada Piyan. Kenapa hatinya begitu mudah jatuh pada lelaki yang sebegitu sahaja. Kenapa sukar pula hendak padam segala ingatan manis-pedih itu?

'Sebegitu'?

Apa maksud Piyah?

Ya, Piyan tu tukang jual ikan sahaja: bukan kerja hebat-hebat pun. Sah-sah la nenek sebelah ibunya akan menentang habis-habisan.

Aik, sanggup menjadi isteri kedua ke? Bukankah Abang Piyan sudah berkahwin, entah-entah sudah beranak pinak pun. Kan sudah lama cerita itu berlalu, kenapa hendak dikenang-kenang lagi, Piyah?

Lamakah? Baru sahaja setahun berlalu...

Piyah menyapu air mata yang bergenang dengan hujung jari... teringat pada tok yang keseorangan di Langkawi dan teringat pada Abang Piyan yang sekarang ini tinggal di mana itu tiba-tiba datang serentak petang 8 Ramadan ini. Rasa itu jadi bercampur-campur entah kenapa. Sudah lama dia cuba lupa pada anak Mak Long Siah tu, tapi...

"Ikan cencaru?" tanya ibu.

"Tak nak... nak beli sambal tumis sotong la." Piyah cuba mencari helah, padahal mereka baru sahaja melepasi gerai yang orang jual sotong: ada sambal tumis sotong, ada ketupat sotong, ada sotong goreng kunyit, ada sotong masak kicap – satu jenis pun dia tidak tergerak hati untuk membeli. Petang Sabtu begini, pasar Ramadan sudah mulai ramai pembeli.

"Bukan ke suka ikan cencaru belah belakang ke selama ni?"

"Dah tak suka dah!"


Kalau masuk bulan puasa, ibu beli lauk di Pasar Ramadan sahaja. Ibu jarang masak di rumah, kalau Piyah balik dari USM sekejap-sekejap mereka sekeluarga banyak makan di luar sahaja. Cuma kali ini, cuti Piyah agak panjang kerana kerajaan sudah tukar cuti pelajar universiti tempatan sama seperti pelajar di UK. Sebabnya kurang jelas. Tapi pada Piyah, rugilah mereka nanti sebab... kalau hendak mula bekerja nanti terpaksa bersaing dengan budak-budak lepasan luar negara. Kalau dulu, budak-budak U tempatan akan ada peluang lebih luas, sebab pengajian mereka akan tamat bulan April.

 "Ibu tak seronok lihat Suffiah sedih-sedih tanpa hujung pangkal macam ni, cuba cakap ke ibu?"

Ainnul Suffiah Syuhadah menggeleng.

"Cuba cakap betul-betul, biar ibu tahu." Balas Puan Wahidah sambil menarik kaca mata hitamnya turun dari kepala ke batang hidung. Petang ini matahari masih panas membakar.

"Teringat kat tok, kasihan tok buka puasa sorang-sorang." Piyah cuba menutup sebelah daripada rahsia hati dia pada ibu. Cerita fasal tok akan buat ibu rasa sedikit logik, kenapa Piyah dah jadi seperti bulan kesiangan petang ini.

"Nanti telefon la tanya khabar. Takkan itu pun ibu nak cakap. Ibu ni walaupun menantu, selang tiga empat hari sekali ibu 'wajibkan' diri ibu untuk telefon tok Suffiah untuk tanya khabar."

"Insya-Allah ibu."

Puan Wahidah sudah rasa senang hati sikit. Kurang-kurang dia tahu masalah Piyah. Kelmarin lagi babah Piyah sudah suruh dia bertanya puteri mereka itu murung kerana apa. Piyah kini menolong kerja-kerja di pejabat sementara cuti penggal sehingga September nanti.   

"Habis kita hendak beli apa ni?"

"Kita pergi Giant la, beli bahan-bahan, Suffiah buat tomyam seafood dengan telur gulung."

"Ini baru anak ibu, kalau dia ada... ibu seronok sangat sebab dapur ibu akan berasap balik."

Piyah cadang untuk singgah beli buah Melaka dan bengkang ubi kayu pada makcik tua yang nampak 'sedih' sangat di hujung bazar tu.

"Mahalnya makcik, hah... dua ringgit untuk 5 biji cucur keria ni?" ibu muda di depan Piyah merungut. Wajah makcik tadi berubah, raut 'sedih'nya bertambah beberapa peratus lagi.

Amboi, kakak yang bawa beg tangan Coach coklat ni, kalau Dunkin' Donats dan Big Apple sebiji harga RM5 pun tak ada siapa yang kompelin pun. Bukan senang buat cucur keria tau! Mana nak rebus dan lenyek ubi keledek lagi... mana nak letak tepung dan sira dengan gula pula. Itu tidak termasuk harga minyak masak yang mahal akhir-akhir ini.

Janganlah nak berkira sangat kak! 

"Mahal sangat! Kalau tak kerana mak mertua saya teringin nak makan, tak nak belilah saya kuih keria ni makcik!" katanya kemudian sambil berlalu dengan beg plastik di tangan dan menarik tangan anaknya yang masih kecil.

Piyah terus mengalir air mata teringat akan toknya lagi.

Bulan-bulan puasa janganlah kedekut sangat pada yang sudah bersusah payah masak makan untuk kemudahan kita berbuka puasa....

 

 

(ii)

 

2011: University of Dundee, Scotland
Yang Jauh di Pulau (Damai)

Piya... abang tunggu sampai hati Piya terbuka untuk abang!

PIYAN tidak tahu hendak masak apa untuk berbuka petang itu. Berpuasa dalam musim panas di sini tempohnya sangat panjang: berbelas-belas jam. Matahari memancar terik. Jarang sekali Piyan hendak keluar ke mana-mana pada sebelah siang walau panas itu datangnya dengan cuaca yang berangin juga. Suhu di sini macam di Langkawi pun, cuma panasnya jenis membakar dan pedih sedikit. Yang istimewanya di sini, malam dia seperti senja dan lebih kurang pukul empat pagi nanti di luar ini sudah terang benderang macam sudah siang jadinya.

Piyan bangun dari kerusi untuk memperlaju kipas siling. Sudah dibuka tingkap, dan dia berharap angin akan masuk dan menyejukkan udara dalam rumah. Peluh sudah menitis di dahi. Dia sudah tidak mampu meneruskan pembacaan. Negara empat musim ini, selalu menyajikan suhu yang berbeza setiap tiga bulan sekali. Ini baru tahun pertamanya, dia belum merasai musim bunga sahaja lagi.

Hari ini cuma dia seorang di sini, yang lain-lain sudah turun ke ladang memetik buah. Rajinnya mereka!

Kelmarin kawannya yang ingin balik beraya di Malaysia itu mengajaknya pergi ke ladang beri untuk memetik strawberi, raspberi dan beri biru untuk dibawa pulang. Bulan-bulan puasa ni Piyan malas untuk menemani mereka. Bukannya kerana dia tidak biasa turun panas-panas begini ke laut waktu di Malaysia; tetapi sebenarnya dia rasa tak sedap pun buah-buah beri itu. Sedap lagi buah rambutan, buah jentik dan buah langsat.

Dasar orang kampung! Begitulah rakan-rakan serumahnya mengusik sebelum berlalu pagi tadi. Lalu dia didenda sediakan juadah berbuka.

Nak masak apa?

Hari ini dia terkenang pada Piyah yang rajin. Rasanya bukan hari ini sahaja, tetapi hari-hari dia terkenang pada cucu pada jiran dekat rumahnya itu. Kenapa Piyah tidak membalas pun suratnya. Betulkah Busu akan begitu amanah serahkan suratnya itu pada Piyah. Busu tu kadang-kadang suka pelupa. Tapi kalau ditanya, Busu akan sentap pula dan tuduh Piyan tidak percaya kepadanya.

Nak masak laksa la. Piyan terus ke dapur.

Piyan terus mengeluarkan ikan mackerel dari peti ais. Biarpun tak sedap sangat guna ikan ni, tetapi tentu teman-teman serumahnya yang berasal dari utara itu suka dapat makan laksa. Untuk ulam-ulaman dia akan guna salad, dan zucchini sahaja sebagai timun. Sedapnya kalau ada ulam gajus kan...

Peristiwa mereka masak  laksa di Tanah Andriyana datang lagi waktu ini. Piyan tidak pernah faham kenapa selepas itu Piyah merajuk dan marah kepadanya?

Dia tidak buat salah apa-apa.

Apa sebenarnya?

Piyah, cuba cakap ke abang... apa cerita sebenarnya. Betulkah Piyah benci ke abang?

Nak telefon Tok Cik Nah la, kononnya nak tanya resipi buat laksa beras... tapi sebenarnya dia hendak tanya apa khabar Piyah!

Pyar...!



(iii)

 

2011: Langkawi
Yang Jauh di Pulau (Damai)

"TOK masak apa hari ini?"

"Masak gulai ayam kampung saja. Mak Long Siah bagi kerabu pegaga, Wari anak Abang Yassin tadi bawa lompang gula merah dengan ikan terubuk bakar dan air asam." Balas Tok Cik Nah yang masih diburu rasa gembira mendengar suara cucu perempuan kesayangannya.

"Wah, sedapnya! Hati-hati makan ikan terubuk tu tok. Mesti pakai sepek masa makan... banyak tulang tu." Balas Piyah sambil ketawa. Dialah pandai fasal segala ikan, mentang-mentanglah pernah jatuh hati pada tukang jual ikan.

"Piyah beli apa, hari ni?"

"Tok, Piyah masak."

"Bagus tu."

"Piyah masak tomyam, telur dadar gulung dengan daging merah."

"Kuih?"

"Kuih memang Piyah beli la... bengkang ubi kayu dengan buah Melaka. Untuk babah dan ibu saja, Piyah tak suka buka puasa makan kuih. Tapi lompang tu... Piyah teringin. Kat sini tak ada orang pandai buat lompang yang sedap," rengek Piyah. Lompang tok memang cantik dan sedap. Kepalanya lemak sangat, putih bersih. Tak tahulah kompang pemberian isteri Abang Yassin tu sesedap yang tok Piyah buat.

"Apa susah sangat nak buat lompang. Tepung beras, gula merah dan air kapur saja. Biar buat cayark betul-betul. Lepas bancuh tu, Piyah cuba angkat dengan tangan, kalau bancuhan dia jatuh elok tu, tak melepat di tangan, eloklah!"

"Hmmm."


"Lompang ni kalau kita gerakkan sikit yang siap, dia 'tergedik-gedik' bergerak tanda elok dan lembut la." Kata Tok Cik Nah.

"Tergedik-gedik?"

"Ya, bergoyang-goyang laju." Balasnya, dan Piyah pula sudah ketawa di sebelah sana.

 "Kalau Piyah buat dia tak mahu berlubang di tengah. Lepas tu, nyiur di sini tak sedap macam nyiur pokok tok." Piyah memberi alasan. Mana sama yang beli dengan yang tok buat, kan!

"Susah sangat balik puasa di sini la."

Piyah terperangkap dengan keluhannya tadi.

"Bukan tak nak balik, tapi tok pun tau, cuti-cuti macam ni Piyah kena kerja dengan babah dan ibu. Piyah kan dapat biasiswa syarikat babah dan ibu. Insya-Allah panjang umur Piyah balik." Kata Piyah dengan suara bergetar. Piyah memang nak balik, tapi Piyah sedih hati fasal Abang Piyan tak habis lagi la tok.

"Tadi pagi Abang Piyan kau telefon, dia kirim salam. Dia tanya resipi laksa beras."

Piyah diam. Tak terlepas di mulut pula nak tanya tok, Abang Piyan duduk mana sekarang ni. Nanti tok kata dia anak dara gatal, duk tanya fasal suami orang.

Ya Tuhan, buanglah rasa suka Piyah pada Abang Piyan. Piyah penat sangat duk kenang-kenang fasal dia. Tolonglah. Bukalah hati Piyah pada orang lain. Berilah Piyah jodoh yang baik untuk bimbing Piyah di dunia dan akhirat, amin.

"Piyah."

"Ya, tok!"

"Tahun ni Piyah raya dengan tok mama kan?"

"Ya."

"Minggu depan tok nak bagi agar-agar kering dengan kuih loyang dekat tok mama. Minggu depan abang Piyan sekeluarga balik, nanti tok kirim. Piyah nak apa-apa ka?"

"Tok tak jadi mai raya KL ke?"

"Tahun ni dak."

"Pak Long Bukhari tak jadi ambil tok ke?"

"Tok nak raya di Langkawi, tak selesa raya rumah orang."

Kata-kata tok buat Piyah sedih. Tok selalu anggap mereka semua sebagai 'orang'. Tok selalu tak selesa datang KL.

Tok maafkan Piyah.

"Dah la Piyah, nu suara Busu kat luar. Entah apa dia bawa kat tok ni. Buka puasa di kampung ni seronok, modal tok seperiuk gulai ayam kampung dengan ubi, nanti penuh meja lauk lain tok dapat." Tok ketawa kecil sebelum memberi salam dan meletakkan telefon.

"Wa'alaikumsalam, tok."

Sejak Abang Piyan tak ada, siapa yang tolong sembelih ayam kampung dekat tok?

Busukah?    

Suatu Hari di Bulan Puasa... [5]

'Untold story'

 "Nak beli kain warna apa untuk baju Melayu Ku Chik raya nanti, Alang?"

Walaupun Ku Chik tu orang timun, Mak Chik Raja sekeluarga tetap membelikannya baju raya. Kasihan anak malang itu, ayah bondanya pun jarang ziarahnya di sini.

"Alang..." seru Nuha lagi.

"Sama dengan kitalah, hijau." Kata Alang sambil mengira jumlah padi-padi yang dituai minggu ini. Matanya masih pada kalkulator, isterinya yang kecil manis itu hanya dipandang sekilas. Kenapalah Nuha ni. Mukanya keruh sahaja sejak solat tarawih semalam.

Nuha memandang sawah padi di depannya. Geramlah dekat Alang ni, dia sayangkan sawah padi tu lebih pada anak isteri. Dulu-dulu romantis la juga.

"Raya di Kajang tahun ni, ya?"

Alang masih tidak menjawab.

"Diam maknanya setuju!" balas Nuha cepat-cepat. Walaupun dia tidak rapat sangat dengan keluarganya kecuali dengan ayah dan Kak Tasha, tetapi kalau masuk bab raya, dia ingin balik kampungnya ooopss.... balik 'bandarnya'. Sebab tiap-tiap hari mereka sudah 'balik kampung' Alang di sini.

"Nuha tak seronok tinggal sini?"

Mata Alang menatap wajah Nuha yang indah itu dengan penuh tanya. Selama ini dia rasakan Nuha suka tinggal di kampung mereka.

Kenapa pula?

Nuha menggeleng.

"Habis tu?"

Alahai, mana perginya Alang yang ceria dan penuh humor dulu.

"Alang dah tak sayang kat Nuha!"

"Aittt? Awat pula kata lagu tu?"

 



Posted at 04:58 pm by noorsuraya
Comments (12)  

 
Wednesday, July 25, 2012
[3] Suatu Hari di Bulan Puasa...


2000: Balai Berita, Bangsar
Biru Ungu Cinta

"MAK, buka puasa ni Mal rasa nak makan roti jala dengan kuah ayam."

"Eh, tak nak nasi? Kenyang ke?"

Arwah Seera pandai buat roti jala, Kamal pun baru cuba roti jala Seera tiga, empat kali saja. Tapi rasa sedapnya itu sukar untuk dia nafikan. Dia cuma tak berani cakap ke mak sahaja yang roti jala Seera buat tu jauh lebih sedap daripada yang emak buat. Dia bimbang emak terluka; dia bimbang emak leter suruh dia nikah lagi.

Emak, bukan mudah hendak cari pengganti... emak sepatutnya mengerti, sebab emak pun susah nak lupakan ayah!

Lagipun, belum pun setahun Seera pergi. Mereka berkahwin beberapa bulan cuma, belum pun sempat dia berhari raya dengan Seera pun. Ya, jodohnya tertulis setakat itu sahaja dengan Seera. Itu janji Allah untuk mereka berdua.

Ingatannya pada Seera berulang lagi...

"Hari ini siapa yang kena stayback, I ada bawa roti jala untuk berbuka..." Mata-mata yang menekuni skrin komputer memandang ke arah gadis berbaju kurung merah delima itu. Lepas sahaja beri salam, terus keluar pernyataan. Mana orang tak tenung dia begitu. Ini kan bulan puasa, awal lagi nak fikir fasal makan minum. Kamal yang duduk di dalam bilik khusus di bilik berita itu turut memandang sama.

Ya, si cantik berbaju kurung itu sudah sampai. Gadis manis yang suka jual mahal itu cuti separuh hari, hari ini. Masuk sahaja kerja, siap ada bawa Tupperware berisi roti jala untuk berbuka pula. Sedari pagi Kamal Hanif Khusyairi menunggu buah hatinya itu datang....

"Semua orang balik, kau makan la dengan Datuk Malik dan Encik Kamal," usik Suffian Siddiqq, seniornya. Di Meja Hal-Ehwal Semasa – memang tidak ramai wartawan sangat. Kalau seorang dua tak kerja, macam sunyi sepi sangat.

Mata Seera Ashiqin sudah membuntang.

Zaidah dan Emilia sekadar tersenyum manis, hari ini mereka sudah ambil separuh hari 'off' untuk pergi membeli-belah dekat Bukit Bintang. Ini yang Zaidah sedang godam pc sampai tak ada masa hendak berbual-bual ni, dia harus hantar berita ke meja Editor Kanan sebelum pukul tiga. Emilia, setiausaha Datuk Malik itu sedang pura-pura sibuk untuk mengelak Zaidah rasa stres sahaja.

Penat sahaja Seera bersungguh 'menjala' bancuhan tepung tengah hari tadi, tak ada siapa pun yang sudi makan roti jalanya hari ini. Masing-masing sudah ada rancangan sendiri.

Zaidah dan Emilia sudah berjanji outing bersama di Bukit Bintang. Kata Zaidah lagi, baju dan aksesori Seera tak di sana. Penat sahaja kalau Seera ikut juga. Tapi yalah, Seera mana pandai melaram macam orang. Dia hanya pakai baju kurung kosong tanpa corak dan bunga dengan kasut yang sepadang cuma.

       Suffian pula ada majlis berbuka puasa dengan Pak Menteri di Hotel Istana, bukan mahu dia tak layan roti jala Seera la. Suffian tidak tahu, Fattah selalu memuji roti jalanya ini! Dekat Hotel Istana, mana ada roti jala sedap begini... nanti. Seera memuji diri sendiri. Perasan!

'Makan dengan Kamal, dan Datuk Malik'.

Fuhhh, ini tak masuk dalam perancangannya! Tak apalah nanti dia hantar satu pertiga daripada makanannya ini ke Meja Luar Negara. Rasanya Kak Hazirah bertugas petang ini. Dia sudah dua tiga kali berjumpa kakak tu di surau minggu ni.

"Seera, sekejap!" kata Kamal dari biliknya yang terbuka. Jarang sangat Kamal menutup pintunya kecuali ada hal penting untuk diperkatakan dengan mana-mana staf – terutama kalau dia hendak menjerit dan marah-marah!

Sejak bulan puasa ini, Seera bagaikan menaikkan bendera putih tanda damai dengan bosnya yang suka cari fasal tu. Kamal tu ada penyakit 'angin kus-kus': asyik menyakiti hati Seera sahaja.

"Teman I buka puasa di DBP hari ni. Ada majlis dengan Lembaga Pengelola DBP."

"Alamak, bukan nak mengelat – tak ada dalam schedule tugasan I kan? Sebab esok I kena hantar artikel kat Datuk Malik. I datang ni pun dengan niat nak stayback sampai siap kerja hari ni juga." Seera bukan nak ingkar, tapi dia tak suka dengan sikap Kamal yang suka hati sahaja bagi assignment tanpa bertanya terlebih dahulu. Pada Seera, kalau itu memang sudah kerja dia, dia terima, ini suka-suka hati sahaja hendak ajak Seera ikut dia. Dalam hati Seera menambah, lagi pun bukan ada hantu pun kat DBP siap kena teman lagi.

"You kat sini dengan siapa, nanti?"

"Sorang kut, paling-paling nanti Suffian balik menaip berita dia kut." Kata Seera. Dia bukannya jenis yang takut kalau tinggal sorang-sorang di pejabat. Padahal kadang-kadang heboh juga la fasal orang bercerita jumpa hantu dalam lif la, dekat surau la, tepi kafe la.

"You buat ke?"

"Apa?"

"Roti jala?"

Seera mengangguk.

Ya, dia buat sebab sekarang ni... Fattah buah hatinya balik bercuti dari UK. Tadi dia ambil cuti separuh hari, sekadar untuk siapkan roti jala ni dengan gulai ayam. Fattah suka makan air tangannya. Sebelum datang ke pejabat tadi dia sudah pesan untuk emak hantar juadah tu ke rumah Makcik Fuziah. Selain itu, dia bawa sedikit untuk Abang Affan. Yalah, emak mana tahu dia dan Fattah ada hubungan apa-apa. Mereka kan berkawan sejak kecil lagi. Emak aci suka sahaja kalau Seera masak apa-apa dan beri pada jiran emak yang baik tu, tanda budi bahasa.

"Tunggu I buka puasa sama la, I teringin nak makan roti jala you buat tu."

"Kata ada majlis berbuka."

"Ada."

Tapi dah awak tak nak pergi, saya pun malas pergi, balas Kamal dalam hati. Lagipun, hanya majlis sempena 'Bulan Bahasa' sahaja. Cerita dan programnya sama sahaja tiap-tiap tahun. Dah ada press release pun... nak cari apa lagi. Cuma petang nanti ramai wartawan hendak pergi hanyalah sebab ada majlis berbuka puasa dan dapat makan percuma. Titik.  

"Habis?"

"Tak jadi pergi."

"Mana boleh, Cik Kamal juga yang kata... wartawan jangan duduk di opis, kena keluar cari berita... ingat berita yang segar dan sahih boleh awak jumpa di Wikipedia sahaja! Itu bukan berita!"

Kamal tersenyum. Siap boleh quote dengan penuh gaya sekali segala kata-kata saya... si buah hati saya ini.

"Seera, kalau nak pergi, I hendak pergi dengan you!"

Seera sudah menjeling tajam, dan segera berlalu.

Dia ingat nak pi red carpet Oscar Award ke, kena bawa pasangan pula. Seera memasang suis komputernya sebelum ke belakang membawa Tupperware ke pantri. Dia letak nota di peti sejuk: 'Kawan-kawan, ada makanan untuk semua. Selamat berbuka. – Seera' Pantri itu mereka berkongsi dengan wartawan Meja Hiburan dan Meja Sukan juga.

Hari ini dia akan berbuka puasa dengan Abang Affan dan Fattah dekat UM. Lepas kelas Abang Affan janji akan jumpa dia di kantin Fakulti Perubatan. Lepas tu Seera akan balik ke ofis semula -- bekerja sampai kerja siap. Yang sedihnya, dia akan tarawih sorang-sorang di ofis. Abah selalu berkata, kerja wartawan tidak sesuai dengan fitrahnya. Selalu sahaja dia nafikan. Kecuali adanya Kamal, Seera suka sangat dengan kerja dan kawan-kawannya di sini. Dia tidak dapat bayangkan kena jadi doktor seperti Abang Affan dan bakal jadi jurutera seperti Fattah. Tak kena dengan jiwanya.

Kalau jadi isteri jurutera?

Hatinya sudah berbunga seribu warna. Rasa malu dengan persoalan tadi menerpa, membuat mukanya terasa panas tiba-tiba. Isy, bulan-bulan puasa macam ni duk fikir fasal jodoh pula. Apa salah fikir fasal tu, Fattah pun sudah nak habis studi kan. Sudah elok pun, lagipun bukannya Fattah bersembunyi lagi fasal hatinya, kan!

Berdoalah, Seera... kan sedang berpuasa ni, hati terus menggodanya. Insya-Allah makbul nanti.

Tiba-tiba...

"SEERA!" Suara Datuk Malik mengalih hatinya pada persoalan sebenar.

"Mana semua staf ni?"

"Assignment!"

Kalau cakap Zaidah dan Emilia ambil separuh hari, mahu Datuk Malik leter sampai waktu berbuka tak sudah lagi. Beli baju raya kira assignment la juga, kan, dia bukannya berbohong kan.

"Siapa tak puasa ni, ada bau kari pula?"

"Tak, saya bawa untuk buka puasa nanti." Balas Seera cepat-cepat.

Datuk Malik tersenyum. Gaya dia ala-ala tak percaya sahaja dengan pengakuan Seera.

"Seera, awak malam ni cuba pergi buka puasa di Palace of the Golden Horses ganti saya. Saya ada benda urgent kat Melaka. Dengar PM ada, pergi hidu sikit kalau-kalau PM ada cakap fasal kes Dato' Seri dan tahanan ISA tu. Walaupun hukuman dah jatuh, tapi berita Dato' Seri laku... sales kita naik!"

"Saya?" Tak siap la artikel aku malam ni, dan janji buka puasa dengan Affan-Fattah berantakan la.

 "Ya awak la, awak punya telinga tajam dan pandai cari scoop." Puji Datuk Malik. Ikhlas!

Tapi pada analisis di minda Seera ternyata sangat buruk – hidu, telinga tajam, pandai cari scoop. Uwaa kedengaran macam tak manis macam dia seekor anj...

 "Eh, awak pun ada Kamal?" kata Datuk Malik sebaik sahaja melihat kelibat Kamal yang baru balik dari tandas.

"Ya."

"Baguslah ikut Seera sekali, hidu berita!" arah Datuk Malik sambil berlalu.

"Ke mana kita?" tanya Kamal.

Cis, soalan dia... macam gaya aku nak ajak pergi dating pula."

"I boleh pergi sorang!"

"Datuk arah."

Seera sudah menjeling.

Macamlah kita takut dengan jelingan maut dia tu. Terpanah adalah. Kamal tersenyum senang.

"Ke mana?"

"Mines, Golden Horses."

Wah, pucuk dicita ulam mendatang. Kamal, ingat tu... awak sedang berpuasa, jangan nak cuba-cuba ambil kesempatan mengurat Seera pula. Tahulah awak suka dia. Tahulah awak sedang berebut dengan Suffian cuba curi hati gadis manis ini.

Seera sudah bergerak ke mejanya. Kamal mengekor dari belakang.

"Bekal you ni, nanti kita makan waktu sahur ya."

Seera menjeling lagi.

Sepatunya dia buka puasa dengan Abang Affan dan Fattah...

Kalau ku pinang-pinang tak dapat,

Ku pujuk-pujuk ku bawa lari, Seera!

Ya, Seera... tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari...

"Betul nak makan dengan gulai ayam, tak nak serawa durian?" Soalan emak membawa ingatannya pada si manis berbaju kurung merah delima tadi hilang tiba-tiba.

"Gulai ayam aja mak." Seera tak suka bau durian, Seera alergi pada durian.

"Mak, Mal pergi dulu... dah lambat ni." Kamal berlalu ke kebunnya. Hari ini hatinya sedih sangat. Susahnya nak lupakan Seera. Manakan tidak, sebab dia tidak mahu Seera hilang daripada hatinya.

Al-Fatihah untuk kamu yang sudah pergi dahulu....

 __________

Akan datang:

Suatu Hari di Bulan Puasa... [4]

'Untold story'

 Lihat sahaja ikan cencaru belah belakang di Pasar Ramadan, Piyah terus teringat pada Piyan. Kenapa hatinya begitu mudah jatuh pada lelaki yang sebegitu sahaja. Kenapa sukar pula hendak padam segala ingatan manis itu.

'Sebegitu'? Apa maksud Piyah?

Ya, Piyan tu tukang jual ikan sahaja: bukan kerja hebat-hebat. Sah-sah la nenek sebelah ibunya akan menentang habis-habisan.

Aik, sanggup menjadi isteri kedua ke? Bukankah Abang Piyan sudah berkahwin, entah-entah sudah beranak pinak pun. Kan sudah lama cerita itu berlalu, kenapa hendak dikenang-kenang lagi?

Piyah menyapu air mata yang bergenang... teringat pada tok, dan teringat pada Abang Piyan datang serentak petang itu.

"Ikan cencaru?" tanya ibu.

"Tak nak... nak beli sambal tumis sotong la."

"Bukan suka ikan cencaru belah belakang ke selama ni?"

"Dah tak suka dah!"

Ibu jarang masak di rumah, kalau Piyah balik dari USM sekejap-sekejap begini, mereka banyak makan di luar sahaja. Kalau masuk bulan puasa, ibu beli lauk di Pasar Ramadan sahaja.



Posted at 09:04 am by noorsuraya
Comments (16)  

 
Monday, July 23, 2012
[2] Suatu Hari di Bulan Puasa...


2006: Di belakang Masjid Jamik Hijau
Jaja & DIn

PUASA Ramadan kali ini, Din diamanahkan untuk menjadi imam solat tarawih dekat Masjid Jamik Hijau. Masjid yang menjadi 'lokasi' mereka bertemu 'jodoh'. Setiap kali sebut sahaja fasal nama masjid ini pastilah Jaja merah pipinya kerana malu dan segan. Kalau diceritakan pada orang, tentulah... orang kata, alah itu cerita dalam buku cerita... mana mungkin cerita Jaja & Din jadi seunik itu!

Suka hatilah nak kata apa, malah Kak Noor Suraya pun ada ura-ura nak ceduk cerita Jaja buat buku cerita! Bukan main dia nak dapat royalti 'free-free' dengan curi kisah cinta orang ya!

Jadi waktu ini, Jaja juga pindah duduk di sini untuk sebulan... menyertai tarawih berimamkan Din. Oh ya, jangan lupa... Jaja sudah tidak bekerja di syarikat periklanan itu lagi, jadi senanglah dia mengekor Din ke mana-mana. Tugas baharunya sebagai penulis skrip tidak menghalangnya malah dia boleh sahaja mengangkut 'ofisnya' itu di mana-mana pun. Kata Wassim, "Kak Jaja macam siput babi boleh usung pejabat ke sana sini."

Wassim!!!

Hmm, tahun ini Wassim akan berebut paha ayam dengan siapa ya? Lala belum bercuti, bukan mainlah Wassim dapat dua-dua belah paha ayam goreng untuk dia sorang ya nanti. Perut Jaja sedikit berkeriuk, teringat ayam goreng mama. Jaja! Ingat tak Din sudah berpesan, bulan puasa kena banyak amal, jangan nanti kita hanya beroleh lapar dan dahaga sahaja pada akhirnya nanti, pahala lain kita tak usung sama.

Astaghfirullah al-Azim, janganlah Jaja tergolong dalam kumpulan yang rugi itu!

Matanya dipindahkan ke sebalik jendela. Petang nanti seberang jalan ini akan jadi Medan Pasar Ramadan yang panjang... tapi tak adalah panjang macam Women's Street kat Hong Kong tu. Waktu dulu-dulu sesekali dia ikut abah dan mama berbelanja di Hong Kong juga. Tapi sekarang, dia bagai sudah insaf sikit, ala-ala zuhud pun ada. Dia sedang belajar jadi isteri mithali.

Tapi...

Jarang sekali Din dapat merasai air tangan Jaja yang 'tak sedap' ini. Cis, kononnya isteri mithalilah sangat!!!. Bukan apa, satu... lebih murah kalu beli depan ni sahaja daripada memasak. Tak habis sepuluh ringgit pun untuk dua orang makan, siap dengan kuih... itu termasuk satu lauk untuk sahur pun. Jaja hanya perlu masak nasi sahaja. Kedua, petang-petang nanti adalah anak-anak dara yang hantar makanan atau kuih-muih di sini. Mereka tak tahu ke Ustaz Din sudah beristeri ni... grrrr...!

Jaja, bukankah bulan puasa ini kena kawal marah juga?

Ya, Jaja tahu!!!

Begini... Din dapat rumah kecil di tepi masjid sepanjang bulan Ramadan ini. Tapi Jaja tak tahan dengan 'drama' di sekelilingnya. Tapi... walaupun ada gadis-gadis dan emak-emak budak sering menghantar juadah, tapi yang seronoknya, Jaja dan Din tidak perlu balik ke Baling puasa kali ini.

Sebab?

Sebabnya Che' Melor dan Ustaz Pa akan berhari raya di rumah abang Din di Serdang, rumah Doktor Salahuddin al-Ayubi. Sebabnya lepas raya ni, abangnya terus berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. Dan ayah dan emak Din kena jaga rumah dan cuculah di Serdang tu. Jaja belum ada kekuatan untuk pulanglah. Rasa rendah diri itu dia bawa ke mana-mana. Dia bukan ustazah, dia hanyalah Jaja!

Dia tidak sekufu untuk Din sebenarnya!  

Orang selalu bertanya, Jaja bahagiakah? Jaja tidak pernah ragu-ragu untuk berkata, alhamdulillah... sangat bahagia. Melihat Nini yang sudah lama mengenali Pauzi, Jaja rasa... Jaja juga tidak ketinggalan untuk cepat sahaja mengejar dan mengenali hati Din. Cepat sahaja Jaja tahu kesukaan-kesukaan Din dan apa yang Din tidak suka. Jaja jenis tidak malu bertanya apa-apa yang Jaja tidak tahu tentang diri Dinnya. Jaja akan sentiasa elak daripada miscommunication dengan Din. Itulah segala salah faham yang ada dalam filem, atau yang Jaja baca dalam buku cerita – Jaja cuba elak. Jaja tidak mahulah hanya perkara kecil yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah menjadi duri dalam daging yang membuat hero terpisah dengan heroin, bertahun-tahun lamanya.

Sadiskan! Itu tidak termasuk si heroin menangis bertahun sampai buta lagi... hahahaha. Ataupun si hero atau heroin melarikan diri dan menyorok sehingga jauh ke pelosok dunia.

Ingatannya pada paha ayam goreng menerpa lagi.

"Malam ni nak buka puasa dengan ayam goreng, belikan yang drumstick ya!"

Alahai isteri saya, baru pukul sembilan pagi sudah berbincang fasal makanan.

"Malam ni kita dengar cerita fasal Perang Badar yang berlaku pada 7 Ramadan."

Mata Jaja sudah bercahaya... mudahnya kan hendak alih perhatian Jaja...?

... keningnya yang cantik itu bagaikan turut bertanya sama, "Waktu itu perintah berpuasa dah turun ka? Sebab Perang Badar berlaku dalam 2 Hijriah kan?" tanya Jaja sambil mengikat rambut perangnya yang panjang bagai pembaris itu dengan pengikat rambut warna hijau. 


Kalau ada rezeki, akan dibelikan anting-anting untuk menghiasi telinga isterinya itu, desis hati kecil Din. Ya, subang warna biru daripada permata nilam!

Din sudah ambil wuduk untuk solat Duha. Lepas ni, dia akan baca surah Ali' Imran untuk semakan. Malam nanti, surah ini yang dia akan baca untuk solat tarawih.

"Tunggu malam ini, baru saya cerita."

 * * *

 "Assalamualaikum."

Jaja yang sedang mengangkat kain di ampai memandang ke arah pintu semula. Ada gadis manis datang dengan seplastik makanan. Orangnya biasa-biasa sahaja. Amboi, sekali imbas sudah tahu ya Jaja, orangnya jenis 'biasa-biasa' sahaja.

"Salam makcik, Ustaz Din ada makcik?"

Makcikkk?

Jaja, pada bulan Ramadan itu, permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan daripada api neraka. Kata-kata Din pada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah itu membuat Jaja mengawal rasa marah pada gadis yang hampir sebaya dengan Jaja itu sahaja. Sabar. Ya, dia mengharapkan rahmat Allah.

Di Malaysia ni orang sudah tak pandai guna kata rujuk hormat dan ganti nama diri, pandai-pandai aja panggil orang makcik la, pakcik la, auntie la, uncle la...!

"Ini ada bubur jagung dengan sagu. Sal buat sendiri ni, kirim salam ke Abang Ustaz Din, katakan Salha anak Pak Said Kedai Tayar beri ya." Mukanya manis berseri, tapi tentu manis lagi senyuman Jaja – hati Jaja yang sedang cemburu itu sedang berkata-kata.

Jaja mengambil beg plastik berisi bubur yang masih panas itu dengan tangan kanannya. Kain yang dikutip tadi sudah dia bawa masuk ke dalam rumah: cepat-cepat.

"Makcik ni mak dia ke?"

Takkan tak nampak, Jaja ni belum pun masuk umur 30 tahun! Kedut pun tak ada.... grrr....

Jaja menggeleng, dia sudah ingin menangis. Dia kelihatan lebih tua sangatkah daripada Din?

Padan muka!

... bukankah dia sendiri yang langgar prinsip nombor satu dia sendiri: pasangannya mestilah lebih tua, paling-paling tiga tahun daripadanya.

"Abang Ustaz tu, tak macam imam solat tarawih yang lain-lain. Suara dia sedap, muka dia segak. Kalau orang lain, kalau dah suara sedap... muka mesti tak elok. Tapi Abang Ustaz ni, elok dua-dua. Dia sudah berpunya ke?"

Beraninya budak-budak sekarang ni.

Awak sendiri Jaja?

Paling-paling, Jaja guna Uncle Aqmar, bukan cakap sendiri ke Din.

Salha menunggu jawapan daripada Jaja dengan senyum manis.

"Okaylah Salha I've to make a move now. See you later!" Amboi, Jaja ingat dengan boleh berbahasa Inggeris, Salha nampak kau muda sepuluh tahun ke, atau Salha rasa... tak mungkin pula emak Din boleh berbahasa Inggeris.

Sekadar berbahasa Inggeris apalah sangat. Abang Miun yang jadi drebar teksi dekat Kuala Kedah pun fasih!

Tapi...

Emak???

Itulah siapa suruh petang-petang macam ni pakai kain batik dengan baju kedah, lepas tu tudung kepala dengan kain batik lagi. Cis, nak berlakon jadi perempuan ayu lagi sopan santun dari desa pun salah!

Sian Jaja...

Aci tak kalau bubur jagung ini Jaja curah bagi ayam di belakang rumah tumpangan ini makan.

Aci tak? Kira buat tahana pada makanan tak?

Emakkkk???

 __________

Akan datang:

Suatu Hari di Bulan Puasa... [3]

'Untold Story'

 "Mak, buka puasa ni Mal rasa nak makan roti kirai dengan kuah ayam."

"Eh, tak nak nasi? Kenyang ke?"

Arwah Seera pandai buat roti kirai, Kamal pun baru cuba roti kirai Seera tiga, empat kali saja. Tapi rasa sedapnya itu sukar untuk dia nafikan. Dia cuma tak berani cakap ke mak sahaja yang roti kirai Seera buat tu lebih sedap daripada yang emak buat. Dia bimbang emak terluka; dia bimbang leter emak suruh dia nikah lagi.

Emak, bukan mudah hendak cari pengganti...

Belum pun setahun Seera pergi, belum pun sempat dia berhari raya dengan wanita kesayangannya itu pun. Ya jodohnya tertulis setakat itu sahaja dengan Seera.

Ingatannya pada Seera berulang lagi...

"Hari ini siapa yang kena stayback, I ada bawa roti kirai..." Mata-mata yang menekuni skrin komputer memandang ke arah gadis berbaju kurung merah delima itu. Kamal yang duduk di dalam bilik khusus turut memandang sama.

Ya, si cantik berbaju kurung itu sudah sampai.

 


Posted at 09:18 am by noorsuraya
Comments (17)  

Previous Page Next Page