Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



   

<< September 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


SURAT UNGU UNTUK NUHA (2007) diterbitkan oleh JEMARI SENI




"Nuha, benarkah tidak semua ombak akan menemui pantai?

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Sunday, September 23, 2012
Mandi Bunga?
 

... ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara... mendapat jodohnya; -- Dipetik daripada Kamus Dewan (Edisi Empat)

 

Assalamualaikum...

Sekadar nak berkongsi cerita la ni, tanpa ada niat apa-apa, yau. Untuk suka-suka sahaja. Kebetulan teringat fasal hal ini. Mungkin masa sumbang saran untuk tagline cerita Aimi Shahbana ('Alang Rebus Tak Empuk'), kaksu cadangkan tulislah tagline --> Patutnya aku mandi bunga!...

Sewaktu adik kaksu Laili berkahwin, masa tu kaksu sudah di tahun dua, di USM. Semua orang sudah risaulah takut kaksu tak ada jodoh. Kan, si adik dah langkah bendul tu. Padahal, kaksu ni, tuan punya diri, okey sahaja. Ada atau tak ada siapa-siapa, kaksu okey sahaja.

Lagipun, kalau kaksu suka pada sesiapapun, kaksu akan letakkan kod dan padam terus daripada minda. Pandai kan, kaksu selesaikan masalah hati waktu itu; jadi, itulah yang kaksu ajar Wan Adnin buat dan sangat sukses.

Dia memilih untuk mendengar nasihat neneknya: jangan pilih Akhtar. Dan selepas ini dia akan bagi kod pada Akhtar sebagai Encik AA.

Lucu kan?

Haah, ala-ala plat kereta Negeri Perak la pula ni!

Tetapi...

Ada tak hatinya untuk Akhtar?

Dia memilih untuk tidak menjawab soalan hati. Sebab dia sudah membuat keputusan. Dia ingin melupakan Encik AA sebagaimana dia cuba memadamkan ingatannya pada Cikgu AB. ~ [Sumber: Gadisku, Wan Adnin: 170]                                                       

Jadi macam-macam caralah juga orang usahakan. Satunya, cuba atur pertunangan dengan saudara jauh keluarga kita orang. Walaupun masa tu kaksu rasa terkilan dan sedih sangat, sebab rasa tak ada siapa faham hati kecil kaksu ini.

Tapi...

Rupa-rupanya, peristiwa itu membantu kaksu bercerita dalam Nyanyian Tanjung Sepi dengan baik. Cuma kaksu bukannya taat macam Lida, kaksu ni berani la juga kata 'tidak' pada 'kahwin paksa'. Hihihi, kalau tak tentu banyaklah cerita kaksu fasal kahwin paksa saja. Mujur, yang menjadi mangsanya cuma Seera dalam Biru Ungu Cinta, dan Lida dalam Nyanyian Tanjung Sepi. Dan kisah mereka sama-sama tidak berakhir dengan kegembiraan kan.

Sungguhlah kaksu kejam, kan?

Berbalik pada cerita mandi bunga ni...

Suatu hari, kaksu diminta untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kaksu (sebelah abah) di Alor Setar. Jadi kaksu pun pergilah dari USM, lepas kelas. Kakak ini, sepupu yang kaksu rapat jugalah suatu waktu dahulu. Kalau tak salah, waktu itu kaksu di semester akhir, tahun dua kut.

Sesampai sahaja di rumahnya, emak saudara kaksu sudah pesan. Tak payah mandi di bilik air bawah, mandi guna bilik atas sahaja. Seronok la kaksu, sebab bila kenduri-kendera ini orang ramai, malas nak berebut bilik air bawah. Lagipun emak saudara kaksu ini, anak lelakinya ramai.


       (ini contoh guri - sumber:
       lakaran pelukis untuk kulit buku di atas)

Masuk saja dalam bilik air, seronoknya. Harum sangat. Ada bunga berwarna-warni dalam guri (tempayan besar tempat isi air). Air pun sejuk sangat. Kaksu pun syoklah bermandi-manda, terasa macam duk di Kashmir pun ada.

Lepas tu, kaksu pun tolong la adik kepada kakak sepupu kaksu tu mengemas di atas rumah dan lain-lain. Persiapan untuk majlis akad nikah kakak dia, esoknya.

Tiba-tiba emak dia berkata, (lebih kurang): "Tu la, mak **** buat ayark mandi bunga, bagi anak-anak penakan mandi. Uya dah mandi?"

Mandi bunga ke tu?

Uwaaaa, kaksu tak nak percaya padabenda bukan-bukan macam tu. Tak baik. Kaksu tak bersalah tau. Jodoh kita mohon daripada Allah bukan mandi bunga.

Tapi... sekadar nak bercerita la, lepas tu apa yang terjadi:

Ada budak Kelantan, Perlis, Kedah -- dan ada la 2, 3, 4, orang duk letak hati perasan semua ada. Itu tak masuk yang duk jeling-jeling, pandang-pandang. Kalau kita ni jenis segak lawa tak pa, munasabah la juga, Ni tiba-tiba ada pula peminat seluruh Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu pula :p.

Fuh, dugaan kan?

Sebab kita benar-benar kena jaga hati ini supaya tak keluar ayat, 'Sebab aku mandi bungakah?' Nauzubillah.

Jadi moral of the story:
        Jodoh tu Allah dah tulis, jangan risau-risau. Soksahlah duk mandi bunga ke, gula ke, coklat (yang manis) ke, rempah ke, tau!

 _________

Ps: Malas nak bercerita fasal kes hampir mandi bunga untuk kali kedua. Mujur kali ini sedar awal. Inche Housmate, saya bercerita ini untuk pengajaran tanpa sebarang niat ya :) 


Posted at 10:43 pm by noorsuraya

Bunga Surabaya
May 27, 2015   03:37 AM PDT
 
Tulisan nya bagus...
Lebih bagus lagi kalau nggak pelit mampir ke toko kami di https://infobisnismajesty.wordpress.com/2015/05/03/toko-bunga-florist-surabaya/
Makasih
Kakmon
May 24, 2014   09:41 AM PDT
 
Kaksu belum hanis baca sampai ke bawah, kita dah syak air bunga dalam tajau tu pengantin yang punya... Hikhikhik *gelak x ingat ada mentua di belakang*
Dzul
January 9, 2014   12:16 AM PST
 
Akak, salamun alaikum nak ty, imaen tu suami akk ke? Geram sangat dgn dia. Nak no phonedia boleh? Akk tlg send ke hp sy boleh? 0132968703
Huda
November 22, 2012   12:05 PM PST
 
Lucu la kaksu..kena mandi bunga. Tp mmg comel je makcik2 yg bt air bunga tu.:)
masalifah
November 2, 2012   03:18 PM PDT
 
Penah masa kecik2 dulu tabur bunga dalam perigi orang...konon2 nk mandi bunga. teruk kena marah. hehe
zeehan
October 21, 2012   11:59 PM PDT
 
saya pernah curi bunga rampai kat majlis kahwin kawan...kononnya nak bagi cepat dapat jodoh...lepas tu p habaq pulak kat dia...tak mujarab petua tu sebab dah nama curi tak boleh bagitau...bodoh punya kerja...
notie
October 18, 2012   06:58 PM PDT
 
kak su mandi bunga bukannya hanya untuk dapat jodoh sebab ianya ketentuan Allah. Tapi bagus juga mandi bunga ni sebab selain yang ado macam yang kaksu citer tu saya juga penah mandi bunga kat spa... rasa best sangat sebab katanya aura bunga yang wangi-wangi itu macam menambahkan dan menaikkan seri muka...walaupun bukan untuk cari jodoh tapi rasa nyaman selepas mandi bunga dlm bathtub di spa hehehe
wafa
October 18, 2012   10:00 AM PDT
 
hehe..sweet la cite kak su...akhirnya bertemu juga jodoh dgn En.Suami... :D
aHaDa
October 17, 2012   08:31 AM PDT
 
Kaksu,

Bulan September hari tu macam2 jadi kt tempat kerja kita...
Jadi ada 1 senior staff suruh kita mandi bunga...
Teruk la...
Asnah Amat Mokito
October 3, 2012   09:51 AM PDT
 
emm...senasib la kite kak su...hanya kerana adik dah kahwin, kite yg jd mangsa nak kene mandi bunga bagai...hadoiii
wan empok
September 26, 2012   01:59 PM PDT
 
Menariknya cerita ni. Malangnya hidup saya tak banyak warna untuk cerita macam ni (macam la orang nak baca hehe)
latifah
September 26, 2012   01:08 PM PDT
 
Su, saya perlu lengkapkan koleksi novel2 Su. Mana nak dapatkan Biru Ungu Cinta dan Keranamu Ain. CE tak print lagi ke? why not JS take over
Mawar7
September 24, 2012   02:07 PM PDT
 
Huhuhu..nampaknya kena try gak mandi bunga (bukan percaya pd benda tu..tp just tuk kesihatan :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry