Rumah Kecil Tiang Seribu
usah merinjis awan dalam renyai yang merintik... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi





TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



Sebahagian dari cerita-cerita leluhur mereka Raden Andriyana - Ahmad Fitri diungkap semula pabila Aliya, terserempak semula secara tidak sengaja dengan saudara pupunya, Fitri Hadi... dalam suasana penuh dendam, curiga dan benci. Setelah berpuluh tahun berlalu, kenapa persengketaan keluarga ini tidak pernah luak?
Mungkinkah sejarah sedih bisa berulang ataupun cinta sebenarnya seindah pelangi yang terpamer selepas hujan



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing



Tetamu
ke



Rumah Kecil Tiang Seribu
sejak 18 Mei 2004



   

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

E-Novel
NYANYIAN TANJUNG SEPI (2005)

Oleh: Noor Suraya


NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]


Tukang Ulas Novel
antubuku
novelcintamelayu
perca
seribu satu malam
ANTOLOGI CERPEN
Buat Menyapu si Ayer Mata


SURAT UNGU UNTUK NUHA (2007) diterbitkan oleh JEMARI SENI




"Nuha, benarkah tidak semua ombak akan menemui pantai?

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Bagaimana aku nak berkahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain? Fahamilah aku, Ain, jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan. Sekiranya tak dapat mengasihani Dayang itu suatu kesalahan... ampunilah ketidakupayaanku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta,
angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Sunday, November 09, 2008
Jemari Seni Publishing - Buletin 13

dipetik dan diubah suai daripada, Newsletter Item [ back ]
Date: 2008-11-09 08:16:23
Buletin 13 - Panggil Aku Dahlia


Salam,
Kak NiLA ingin berbicara fasal buku bulan Oktober 2008, tulisan Noor Suraya... Panggil Aku Dahlia. 




Harga: RM21.00
Pesanan pos atau melalui www.jemariseni.com cuma RM19.00
(bayaran pos percuma dalam Malaysia)

Kata Noor Suraya, dia menghabiskan masa selama 44 hari untuk menyiapkan novel kelapannya ini. Memulakan penulisan, mulai bab kesebelas pada 1 Ramadan 1429 dan meletakkan noktah pada halaman 542 pada 14 Syawal. Menulis sambil mengedit, dan diselia terus-menerus dek pengurus penerbitannya yang sangat dedikasi, Kak Ajah, alhamdulillah... Noor Suraya bersyukur kerana sempat menyiapkan karyanya sebagai yang dirancang.

Inilah antara temu bual Kak NiLA sepenuhnya dengan Noor Suraya :) 

Apa yang Noor Suraya boleh katakan tentang Panggil Aku Dahlia, ya?

Secara peribadi saya senang sekali tatkala terkurung kedinginan dan keseorangan di 'Kebun Teh Timor' siang dan malam untuk menyiapkan karya yang sudah sekian lama tidak berganjak ke mana-mana ini. Alhamdulillah saya telah diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menulis... dan dapat menulis novel ini dengan seluruh rasa kasih.

Idea asal cerita ini datangnya dari seorang kenalan kami (saya dan suami) yang terpaksa meninggalkan Tanah Tinggi Cameron kerana dihalau keluarga, kerana memilih untuk berkahwin dengan wanita yang berkasta rendah. Lalu dia dibuang kerabat oleh keluarganya. Ceritanya yang sebahagian lagi, hanya berkisar pada keluarganya dan keluarga 'musuhnya' yang ingin mengekalkan pengaruh di tanah tinggi. Dan ceritanya tiada kaitan dengan teh pun.

Sewaktu idea untuk menggarap cerita ini agar menjadi lebih komersial bergulir di kepala, saya mahu keluarga Wadi-Dahlia bergaduh kerana teh! Cameron Highlands dengan teh, adalah sinonim pada warga Malaysia. Apatah lagi, saya amat menyenangi ladang teh, dan kedinginan tanahnya itu, sejak kali pertama pernah ke sana sewaktu berumur 12 tahun... sejak kali pertama saya melihat kupu-kupu yang sudah mati diawet dan dibingkaikan dalam bingkai cermin!

Kisah kenalan kami itu telah mencetus plot secara kasar, dan sepulangnya ke rumah malam itu, saya mampu menaip 30 halaman cerita ini dengan sekali duduk sahaja tanpa merangka apa-apa. Namun selepas itu, saya mengambil masa beberapa tahun pula untuk menyudahkannya... kerana saya bimbang cerita ini menjadi seperti plot Tanah Andriyana pula.

Entah kenapa, sukarnya untuk menulis Panggil Aku Dahlia ini pada mulanya... walaupun saya telah berulang alik beberapa kali ke 'latar Kebun Teh Timor' itu. Malah saya sendiri telah pun menukar cerita ini ke beberapa judul – Mahadewi, Hijab Kekasih, Kalimah Cinta – untuk menimbulkan impak baharu, namun tidak juga cerita ini siap-siap. Namun syukurlah… sesuatu yang sukar itu, berakhir dengan mudah pula... alhamdulillah.

Apa yang Noor Suraya ingin katakan tentang watak Dahlia, ye?

Saya menyukai watak Putri Dahlia binti Megat Qais yang suka berterus terang, namun sebagai perempuan... ada hal-hal yang perlu Dahlia sembunyikan untuk hatinya sahaja. Saya menyenangi Dahlia yang cerdas dan cergas. Saya kagum dengan ketabahan Dahlia, apatah lagi kecekalannya. Namun watak asal Dahlia yang gila-gila serta suka mengusik Wadi dan King Shah pada waktu sekolah dulu, saya keluarkan sedikit demi sedikit untuk 'membebaskan' watak sebenar Dahlia yang periang, tetapi telah menjadi lebih serius kerana keadaan. Ya lah, hati Dahlia menyimpan seribu peristiwa. Ya lah, hati Dahlia menanggung segunung peristiwa hiba. Jadi bagaimana mungkin wataknya yang sepuluh tahun kemudiannya itu tidak berubah...?

Apa lagi yang Noor Suraya suka tentang Panggil Aku Dahlia?

Saya menyukai lukisannya yang simbolik – yang menggunakan warna akrilik ini.




Lukisan untuk novel ini hasil air tangan pelukis muda, Oly. Awal-awal lagi saya sudah berpesan kepada Oly, "Oly bunga dahlia bukannya bukan daisi tau!"

Dengan sopan dia membalas, "Saya tahu kak, emak saya nama Dahlia." Sambung dia lagi, "...nanti saya nak beli novel ini untuk emak."

Pendapat peribadi saya, lukisan ini jadi indah sebab dilukis oleh seorang anak, atas 'nama' ibunya.

Apa kata-kata akhir daripada Noor Suraya tentang novel terbaharu ini?

Selamat membaca dengan mata hati. Pada yang telah membaca... boleh saja titipkan komen anda di adnannsuraya@gmail.com atau di weblog saya di www.noorsuraya.blogdrive.com ya! Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada dua orang yang penting dalam pembikinan Panggil Aku Dahlia ini... editor saya, Puan Mariah dan pembaca pruf saya, Puan Hani Rahayu.

Dan akhir sekali… Jomlah ikut saya menikmati secangkir Teh Timor sambil melihat orang petik teh di Tanah Rata dari beranda juliet Dahlia, ya!

Itu sahaja yang Kak NiLA mampu gali-siasat tentang novel terbaharu Noor Suraya. Oh ya, komen eksklusif tentang Panggil Aku Dahlia boleh dibaca antaranya di:

siunguberceritarinn's site dan review pembaca

Salam kasih sayang,
Kak NiLA

p/s: Buletin seterusnya, Lili Buat Najah (NAZURAH AISHAH) – jumpa lagi hari Khamis nanti ya!

* * * * *

Sedutan cerita...


- dahlia-kaktus -

NAMAKU DAHLIA: seperti sekuntum bunga. Nama unik ini dipilih oleh arwah opah. Katanya, sebagai orang Melayu, apa salahnya kalau namaku berbunyi begitu. Dengan megahnya dia berkata, namaku ini ada ciri-ciri orang timur. Ya, timur... sama juga seperti syarikat Teh Timor yang diwariskannya kepada ayah, dan kini sebagai anak tunggal, aku juga akan menjadi pewaris syarikat teh berserta kebunnya tu sekali gus.

Selengkapnya, nama aku Putri Dahlia binti Megat Qais. Opah tidak pernah tahu agaknya, bunga dahlia dieja seperti itu juga dalam bahasa Inggeris. Opahku tidak belajar setinggi orang lain dalam keluarga ini. Opah tidak pernah merantau ke mana-mana. Opah dilahirkan dan dibesarkan di tanah tinggi ini. Kemudian dalam usia yang sangat muda, opah sudah berkahwin dengan Megat Noah Megat Qair. Perkahwinan yang diatur keluarga. Sudahnya, datukku itu tidak ditakdirkan panjang umur. Lalu dalam beberapa tahun kemudian, opah sudah menjadi balu beranak dua. Usia opah belum mencapai dua puluh tahun ketika opah kehilangan tempat bergantung. Ketika itu ayah dan Auntie Taharah belum masuk sekolah. Itulah asalnya, kenapa opahku harus menjadi sangat tabah. Ayah juga mengharapkan aku menjadi tabah seperti opah juga.

Pada mulanya, moyangku mengusahakan kebun teh ini dengan bantuan sahabat baiknya. Mereka membesar sama-sama sejak kecil. Bagaimanapun kerana perselisihan faham yang besar antara keluarganya dengan keluarga moyangku... mereka juga pecah setia kawan; lalu kebun teh ini juga terbahagi dua. Keluarga kami menggunakan jenama Teh Timor sementara sahabatnya (atau musuhnya?) itu menggunakan jenama Teh Sutra. Sejak itulah permusuhan antara kedua-dua syarikat teh kecil Sutra-Timor ini terhebah di seluruh tanah tinggi ini.

Oleh itu, sejak kecil aku sudah diberitahu siang-siang lagi bahawa keluarga Wadi Hannan adalah musuh tradisi keluarga kami. Dan aku juga telah diperingatkan awal-awal lagi, jangan sesekali bersahabat apatah lagi berbuat baik dengan mana-mana waris musuh keluarga kami itu. Lalu permusuhan keluarga aku panjangkan ke sekolah pula... dan tentu sahaja ini bermula sejak aku mengenali Wadi dalam usia tiga belas tahun. Mulai saat itu kami telah memulakan 'persahabatan ini' dengan 'perang saudara'. Keadaan seperti telah memaksa kami begitu, kerana kami telah ditakdirkan sekelas mulai tingkatan satu. Mujurlah aku tidak lama mengenalinya, walaupun aku terpaksa mengambil masa yang lama pula untuk melupakannya.

(Petikan: Panggil Aku Dahlia, halaman 1-3)


Posted at 11:31 pm by noorsuraya

iejay
November 11, 2008   08:15 AM PST
 
kak notie...

iejay boleh agak siapa si wartawan biru nila... ni tengah membayangkan wajah biru nila menemubual kak su...

p/s: kak su pastikan time interview tu kak su dan si wartawan biru nila aje yg ada disitu... nanti karang ada yg buat panggilan kecemasan ke TR :P
apa pun seronok baca sesi temubual tu... macam real aje...
nawwir
November 10, 2008   04:27 PM PST
 
Dahlia,
hatiku terusik terkenangkan kamu.
notie
November 10, 2008   07:16 AM PST
 
waduh siap ada interbiewnya dong...syioknya baca edisi soalsiasat ni. Nak kata edisi terjah emm x sesuai...

wartawan biru nila tu sapa ek...dari majalah mana, nur, berita, utusan*garu pala* emm x kisah le janji best gitu. yeh yeh yeh
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry